Perkampungan Hogsmeade, atau lebih dikenali sebagai Hogsmeade merupakan sebuah kawasan desa rekaan di dalam siri Harry Potter oleh J. K. Rowling. Hogsmeade dikatakan hanya satu-satunya perkampungan di England yang kesemua penduduknya merupakan ahli sihir. Perkampungan ini terletak di timur laut Hogwarts.


Hogsmeade pertama kali dimasukkan ke dalam filem ialah semasa filem ketiga Harry Potter Harry Potter and the Prisoner of Azkaban pada tahun 2004. Ia kemudiannya muncul semula dalam filem kelima, Harry Potter and the Order of the Phoenix pada tahun 2007. Di dalam kedua-dua filem, kawasan ini digambarkan sebagai kawasan yang diliputi salji.[1]
Bangunan
Gubuk Menjerit


Di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban , Gubuk Menjerit telah menjadi kawasan utama Sirius kembali ke Hogwarts. Beliau telah menarik Ronald Weasley dan tikus peliharaanya iaitu Scabbers dengan tujuan untuk membunuh Scabbers. Kemudian didedahkan bahawa Scabbers sebenarnya ialah Peter Pettigrew yang telah menyamar menjadi tikus setelah beliau mengkhianti sahabat beliau sendiri, James Potter dan Lily Potter yang juga menyebabkan Sirius Black telah dituduh dengan jenayah yang beliau tidak pernah lakukan. Di dalam rumah inilah juga Severus Snape telah dibunuh oleh ular Voldemort, Nagini.[HP7]
Hog's Head


Honeydukes




Kedai Barangan Lelucon Zonko
Kedai Barangan Lelucon Zonko atau Kedai Barangan Jenaka Zonko merupakan sebuah kedai rekaan di dalam siri Harry Potter yang menjual pelabagai jenis permainan sihir dan pelbagai jenis barang yang digunakan untuk mengusik kawan-kawan. Kedai ini dikatakan merupakan kedai kegemaran bagi Fred dan George Weasley dan juga sahabat baik mereka Lee Jordan. Semasa bahagian hampir penutup buku Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, kedua-dua beradik kembar ini ada bercadang untuk membeli kedai ini untuk menambahkan lagi cawan Kedai Barangan Sihir Weasley. Walau bagaimanapun, cadangan itu terpaksa dimansuhkan akibat kebangkitan semula Voldemort.Puan Puddifoot
Kedai Teh Puan Puddifoot merupakan sebuah kedai minuman rekaan di dalam siri Harry Potter yang menawarkan perkhidmatan menjual minuman yang menjadi tarikan terutamanya untuk para kekasih yang berpacaran dari Hogwarts. Kedai ini terletak sedikit ke sisi di bahagian High Street. Pada Hari Kekasih, Puan Puddifoot mengupah kerubian-kerubian untuk menaburkan kertas konfeti ke atas para kekasih yang sedang menikmati minuman di kedai ini. Di kedai inilah Harry telah menyambut Hari Kekasihnya dengan Cho Chang.[HP5]Stesen Hogsmeade
Stesen Hogsmeade merupakan sebuah stesen kereta api yang paling hampir dengan Hogwarts; kereta api yang berlepas dari Stesen King Cross/King's Cross akan berhenti di sini. Babak yang membabitkan stesen ini telah dirakamkan di Stesen kereta api Goathland di North Yorkshire Moors Railway yang telah dibina pada 1865 dengan tujuan untuk menghubungkan Goathland dan North Yorkshire Moors. Mengikut ilustrasi J. K. Rowling, Stesen kereta api Hogsmeade ini sebenarnya tidak terletak di Hogsmeade, tetapi di seberang tasik Hogwarts.[2]Tiga Penyapu


Lain-lain
Terdapat beberapa kedai lain yang hanya disebut secara samar-samar seperti Kedai Pakaian Ahli Sihir Gladrags (menjual pakaian ahli sihir dan mempunyai cawagan di London dan Paris dan di kedai inilah Harry dan kawan-kawannya telah membeli stokin untuk Dobby sempena perayaan Krismas), Kedai Pelepah Scrivenshaft (yang menjual pelbagai jenis pena pelepah dan terletak di jalan High Street), Kedai Peralatan Sihir Dervish dan Banges (yang menjual dan membaiki peralatan-peralatan sihir, dan kedai ini terletak berdekatan jalan High Street), dan Pejabat Pos (dipenuhi kira-kira 200-300 ekor burung hantu dari jenis Burung Hantu Kelabu yang Besar hinggalah ke Burung hantu Skup {penghantaran domestik sahaja}. Setiap pondok burung tersebut dikodkan dengan warna, di mana setiap warna melambangkan tempoh masa penghantaran untuk sampai).Sumber: Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.