Santau Rangau

Ayah Jo punya kisah yang ingin diketengahkan. Mungkin ada pendengar yang pernah dengar atau lebih tahu tentangnya.
Apa yang AyahJo ingin bicarakan adalah tentang Pukau atau Santau Rangau. Kita biasa dengar tentang Orang Minyak, Hantu Raya atau Gondorowo yang suka mencari mangsa wanita untuk memuaskan nafsu syahwatnya. Namun seperti Santau Rangau juga kecenderungannya sama malah bukan hanya pada ‘wanita’ malah pada ‘lelaki’ juga. Mereka sebenarnya adalah manusia biasa yang mempunyai kemampuan untuk menyantau sesiapa sahaja yang diinginkan.
Apabila mendatangi kepada yang dipukau, ia akan menyerupai dirinya sendiri (tuannya) tetapi dengan wajah yang bertompok hitam. Seperti tompokan harimau bintang atau belang. Hanya dengan bercawat. Seperti yang dikatakan sebelumnya, kalau wanita dipukau maka yang datang jantinanya ‘Jantan’ dan begitu juga sebaliknya. Perlu diingat semua jenis yang dipanggil wanita dan lelaki. Tidak kira ‘Status’.
Sedia maklum, manusia mengamal ilmunya tetapi ‘Makhluk Jin’ yang mendapat kepuasannya. Pada ilmu ini kepuasan pengamal sekadar dapat membayangi apa yang dilakukan oleh ‘Makhluk Jin’ jelmaannya. Kerana semangatnya dibawa bersama atau dipinjam oleh makhluk ini. Oleh kerana itulah jelmaan makhluk ini hanya menyerupai bentuk dan raup wajah pengamalnya sendiri, yang membezakannya adalah pada warna tubuh dan tompokan pada wajahnya. Wallahu'alam bissawab...
Seorang mangsa telah mendatangi AyahJo. Dari sinilah AyahJo dapat tahu sedikit sebanyak tentangnya. Maka harap jadikan ini satu pengetahuan dan dapat berjaga-jaga kerana mereka masih berkeliaran di luar sana. Namun yang ada membayangi ciri-ciri terkena sepertimana yang disebutkan di atas maka cepat-cepatlah cari penawarnya.
Sekian,
Terima kasih...


Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club 

Previous
Next Post »